Langkah memartabatkan bahasa Melayu

Langkah memartabatkan bahasa Melayu bukan setakat menambah waktu pengajaran bahasa di sekolah. Jumlah waktu pengajaran di bilik darjah sudah mencukupi. Guru dan pelajar sudah terbeban dengan pengajaran bahasa Melayu di sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.
Begitu juga dengan tambahan aktiviti di sekolah semakin membebankan guru dan pelajar. Tambahan masa untuk mata pelajaran lain mengehadkan masa untuk aktiviti bahasa Melayu. Hal ini tidak dapat dielakkan.Aktiviti yang sedia ada sudah sangat banyak jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain.

Langkah memartabatkan bahasa Melayu sepatutnya dilakukan dan ditumpukan di luar lengkungan sekolah. Amalan bahasa dalam kalangan masyarakat termasuk para pemimpin perlu ditingkatkan, bukan langkah mengundur. Penggunaan bahasa Melayu di media cetak, televisyen, pengucapan tokoh masih pada tahap lama, tidak banyak perubahan. Nampaknya penggunaan bahasa Inggeris melebihi bahasa Melayu. Lihat saja paparan dan penggunaan di tv sangat mempengaruhi masyarakat khasnya anak muda kita.

Jika ini amalan dan sikap terhadap bahasa Melayu, hasrat memartabatkan bahasa ini untuk mencapai matlamatnya hanya atas kertas saja. Cakap-cakap untuk memartabatkan bahasa Melayu juga hanya hendak menyedapkan hati pejuang bahasa ini.

Tinggalkan komen »

Majlis di sana sini

Masyarakat Malaysia memang banyak menganjurkan majlis sama ada di kampung mahupun di bandar. Pelbagai makanan yang lazat dihidangkan. Kadang kala majlis diadakan untuk meraikan sesuatu. Yang pasti majlis dapat menonjolkan penganjurnya terutama status dan tahap seseorang.

Majlis kenduri kahwin dapat menonjolkan kehebatan seseorang. Kad jemputan kahwin lebih hebat kad raya. Tak pasti apa tujuan seseorang mempamerkan kehebatan majlis dan alasan yang klise ialah sekali dalam hidup, apa salahnya bukan selalu, dan sebagainya.

Dalam apa juga keadaan, amat wajar kita mengutamakan tujuan sebenar dan kadar kemampuan kita. Yang paling penting, kita kembali pada kehendak dan sejajar dengan ajaran Islam. Jangan berlebih-lebihan.

Komen (1) »

Masalah bahasa

Masalah bahasa nampaknya belum ada penghujungnya. Mungkin tak akan ada penghujungnya kerana Malaysia ialah sebuah negara yang pernah dijajah oleh British. Kesan penjajahan masih berkesan hingga kini walaupun kita sudah 52 tahun merdeka. Pemikiran belum merdeka sepenuhnya.
Penjajah berjaya mencelarukan pemikiran kita kepada 3 golongan: golongan yang berpendirian bahasa Inggeris punca dan nadi kemajuan, bahasa Melayu mampu memajukan rakyat, dan bahasa bukan penentu kemajuan.
Orang kita masih terkial-kial belajar bahasa Inggeris dalam keadaan bahasa Melayu masih tidak mantap penguasaannya. Bahasa Inggeris mungkin akan menjadi wajib tak lama lagi. Ini satu kejayaan kepada para pejuang bahasa Inggeris.
Sewaktu para pemimpin nak naik ke atas(kedudukan), mereka menggunakan bahasa Melayu dan mengharapkan sokongan orang kampung yang kebanyakan Melayu. Apabila sudah ada kedudukannya, selamat tinggal bahasa Melayu. Bahasa Melayu hanya untuk dapatkan kuasa. Sepatutnya mereka bangkit membela bahasa Melayu dan meluaskan penggunaannya.
Salah siapa? Cari jawapan sendiri.
Sebelum bersekolah, saya tak menguasai bahasa Melayu sepenuhnya. Tetapi mengambil bidang bahasa Melayu kerana tertarik keindahan dan fungsinya.
Sebenarnya, tak ada masalah untuk membangunkan negara ini menggunakan bahasa Melayu. Apabila saya melancong ke luar negara, tak ada masalah menggunakan bahasa Inggeris. Saya pun bukan pandai sangat bercakap, tetapi orang luar negara boleh faham. Dari segi taraf, bahasa Inggeris tetap sebagai bahasa kedua untuk tujuan tertentu sahaja. Janganlah risau kalau pelajar kita tak hebat bahasa Inggeris. Mereka faham dan mempunyai asas, dah cukup.
Alasan yang mengatakan penguasaan bahasa Inggeris akan memudahkan pelajar ke luar negara juga tak sesuai. Berapa orang yang dapat belajar ke luar negara?Berapa orang yang dapat kerja berurusan dengan luar negara? Untuk memudahkan rujukan buku bahasa Inggeris, berapa banyak buku yang tak faham? Kemudahan internet memudahkan rujukan.
Dalam kita sibuk mendesak anak Melayu menguasai bahasa Inggeris, bahasa Melayu mereka semakin lemah. Masyarakat bukan Melayu semakin meningkat penguasaan bahasa Melayu. Mereka sedar kepentingan bahasa Melayu dari sudut ekonomi. Pasaran perniagaan adalah rakyat tempatan yang berbahasa Melayu.
Sekiranya bahasa Inggeris berjaya menjadi subjek wajib dalam SPM, tahniahlah kepada pejuang dan pencinta bahasa Inggeris. Jika semua orang dah menguasai bahasa Inggeris mungkin pada masa itu buku, media, ucapan dan sebagainya dalam bahasa Inggeris. Kita pun dah tak payah berpolemik, buang masa dan pening kepala. Orang kampung pun dah guna bahasa Inggeris.Tahniah!

Tinggalkan komen »

Pendidikan holistik

Pendidikan holistik semakin popular digunakan kini. Kalau dulu terutama sekitar tahun 90-an perkataan holistik sering digunakan dalam kalangan ahli akademik di Malaysia, atau pelajar universiti tetapi kini ahli politik sudah menunjukkan kecenderungan menggunakannya. Mungkin para pegawai di kementerian turut membantu ahli politik dan juga pengaruh media.
Jika diperhatikan dan diimbas semula, holistik hanya satu pendekatan dalam bidang pendidikan suatu ketika dulu. Sejak bilakah holistik naik taraf kepada pendidikan holistik? Tak pasti…Kena kaji lagi.
Saya lebih suka pendidikan bersepadu berbanding pendidikan holistik. Pendidikan bersepadu tiba-tiba ditamatkan riwayatnya pada hampir penghujung tahun 1990-an (lebih kurang 1998).
Pendidikan bersepadu berdasarkan/bertunjangkan nilai akhlak dan kemahiran yang hendak dicapai. Akhlak menekankan perlakuan baik yang membawa diri kepada takutkan Allah, bukan yang lain. Walaupun pendokong holistik mempertahankan ada aspek akhlak tetapi pendidikan bersepadu nyata lebih tegas dan konkrit dalam hujah mereka.
Holistik dan kini libralisasi tak banyak beza. Kedua-dua ini diimport dari Barat. Barat sangat gembira apabila pendidikan kita mengambil pendekatan mereka. Kita sebenarnya dijajah minda oleh Barat pada tahap yang lebih teruk.
Pendokong libralisasi tersenyum lebar apabila konsep itu diterima. Kita seolah-olah menyediakan wadah dan wahana untuk mereka meluaskan pengaruh dalam nadi kehidupan kita, termasuk pendidikan, ekonomi, fakulti minda dan sebagainya. Fikirlah.

Tinggalkan komen »

Masalah kecairan wang,apa muslihat Amerika?

Difahamkan bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana pergi agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini?

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang tersimpan ini yang menjadi wang simpanan negara merupakan hasil usaha negara kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian tahun 1972-74 dengan keluarga Saud (Arab Saudi) bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money – nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Oleh sebab itu, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat – ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS – yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rahsia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

(Dipetik dan diubah suai daripada tulisan Di sinilah wang dunia disorok oleh Hishamuddin Rais | Apr 16, 09 1:41pm dalam Malaysiakini.com)

Tinggalkan komen »

Ekonomi global kerja siapa?

Catatan: Tulisan ini dipetik daripada Malaysiakini.com. Penulis membedah persoalan tentang ekonomi global.
Dalang kejatuhan ekonomi global
Hishamuddin Rais | Mar 18, 09 11:51am
Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan muncul dengan tiba-tiba.

Ia adalah hasil projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan perdana menteri Britain, Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini dinamakan globalisasi dan penswastaan.

Penswastaan diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal 1980-an dahulu. Kaum pemodal syarikat multinasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan merancang satu strategi untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini.

Justeru penswastaan dikahwinkan dengan dasar globalisasi.

Dasar penswastaan ini dijual oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada negara-negara Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh dua badan besar ini agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima.

Maka muncullah ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut-marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.

Di Malaysia, apabila beruk melihat, maka beruk pun meniru. Justeru pada 1980-an dan 1990-an, Mahathir Mohamad meniru bulat-bulat dasar penswastaan ini. Air, elektrik, penerbangan, hospital, jalan raya, sistem kumbahan, universiti dan pelbagai harta negara telah diswastakan.

Dasar penswastaan ini selari dengan Dasar Ekonomi Baru – mengagih-agih kekayaan kepada Bumiputera. Maka berbondong- bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu atau syarikat individu.

Maka semakin dikenali perkataan-perkataan seperti pink form dan EPU (Unit Perancang Ekonomi di JPM) – yang dilihat sebagai mesin ATM untuk kroni-kroni United Malays National Organisation.

Harta yang dimodalkan, didirikan dan dikendalikan oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan kaum keluarga.

Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika.

Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ia merupakan sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.

Melalui penswastaan dan globalisasi ini, wujud satu empayar baru yang bernama Pax Americana. Sama seperti empayar Pax Romana dan Pax Britannia – empayar baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia.

Perjanjian perniagaan dibuat, pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan diikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan Pax Americana.

Sekali-sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik syahwat apabila diterima mengadap ke Rumah Putih. Jangan lupa bagaimana Mahathir telah merasuah tukang lobi di Washington DC agar dapat masuk ke Rumah Putih untuk “mencium” tangan George W Bush pada 2002.

Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka, modal Anglo-Amerika mula menerobos masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta strategik seperti air, api, media, stesen TV, hospital, syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga di kalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik.

Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.

Justeru di Malaysia, kita mula melihat jenama global MacDonald, Burger King, Tesco atau StarBucks berselirat mencari mangsa. Impak kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada langsung penilian ekonomi dilakukan.

Dalam masa yang sama, undang-undang dan akta telah diluluskan di Parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok.

Jika ada pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja, ia akan ditahan. Tuntutan gaji minimum ditolak untuk memastikan kaum pemodal mendapat keuntungan maksimum.

Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanannya dan tidak mungkin dapat bersaing. Banyak yang bungkus dan tutup kedai. Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-Amerika ini kerana suasana ini cukup sihat untuk mereka meluaskan pasaran.

Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan, kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan mentah dunia. Mereka boleh menaikkan atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini.

Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Hujah ini bohong! Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun naiknya harga bahan-bahan mentah.

Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia.

Mereka memberi dana kepada ribuan NGO di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi mereka diterima. Tujuan mereka: terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabel mereka tersusun secara rahsia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya daripada cara Mafia atau kongsi gelap bergerak.

Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik – bukan sahaja di Amerika Syarikat dan London tetapi di seluruh dunia.

Di Rusia, pada satu ketika dahulu, mereka berjaya menaikkan Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di timur tengah, tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.

Cuba di bawah Castro yang merdeka dan bebas terus dihuru-hara. Chavez dan Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan modal Anglo-Amerika memporak-perandakan ekonomi negara mereka.

Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit, maka kita wajib kenal pasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui, maka baru boleh diubati. Jika tersalah baca, maka tidak mungkin sakit itu dapat diubati.

Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis kewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.

Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi daripada penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisme. Sistem ekonomi kapitalisme telah sampai ke satu tahap bahawa ia tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.

Contohnya: dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir dari negara China. Apabila rakyat China tidak lagi membeli kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis.

Atau: ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap kalau Proton terus mengeluarkan kereta, pasti tidak ada lagi pembelinya.

Seribu satu macam galakan yang diberikan tidak juga akan melahirkan pembeli. Tidak lama lagi Proton akan muflis. Atau sebenarnya Proton telah muflis tetapi kita tidak diberitahu

Komen (2) »

Ke manakah bantuan?

Apabila menyaksikan paparan oleh media massa tentang kesusahan orang ramai seperti kemiskinan, kesan sesuatu bencana dan sebagainya, kita tertanya-tanya adakah pihak yang berwajib dan berkenaan tahu sepenuhnya masalah itu? Sering kali didedahkan bantuan yang diterima tidak mencukupi. Penerima masih mengharapkan bantuan daripada pihak lain.
Bagi orang Islam, peruntukan daripada jabatan agama, wang zakat, dan berbagai-bagai sumber sepatutnya cukup untuk membantu golongan yang susah itu. Tidak dinafikan wang derma atau sumbangan orang ramai juga banyak dan boleh disalurkan. Selain itu, NGO juga banyak yang membantu kewangan dan sumber lain.
Badan korprat dan GLC (syarikat berkepentingan kerajaan) seperti TNB, Telekom pula mengaut keuntungan mencecah bilion ringgit. Syarikat ini mampu untuk membantu.
Persoalannya, wang bantuan ke mana, disalurkan untuk apa, dan sampaikah sasaran? Melihat pada aspek fizikal, jelas menunjukkan badan kebajikan, agensi kerajaan berbelanja agak mewah. Bangunan sering diubahsuai dengan bentuk baru, mewah, eksklusif walaupun keadaan yang lama masih baik. Lihat saja contoh bangunan TNB dan Telekom. Tak membazirkah? Renungkanlah.

Tinggalkan komen »

Tabiat Melayu membeli

Kenapakah sukar nak membuang tabiat membeli dalam kalangan orang Melayu? Apa saja barang jika dijual di Malaysia bangsa paling ramai yang membeli ialah Melayu. Memang menghairankan benda yang kecil nampak tak berguna juga orang Melayu pun beli. Saya sendiri pernah lihat Melayu beramai-ramai beli gelang yang dibuat dari batu jed dijual oleh apek yang mendakwa batu itu bawa tuah, boleh hilang penyakit dan membawa aura yang baik. Melayu mudah percaya tanpa banyak usul periksa. Yang peliknya orang Melayu juga tahu gelang atau rantai itu dipakai juga penganut Budda. Kerana percaya sangat, unsur khurafat tolak tepi. Mereka hanya fikir hal dan kepentingan dunia saja. Apek itu boleh kaya raya kerana jual batu jed yang entah dari sumber mana. Melayu sebagai orang Islam mudah lupa bawa kuasa hanya pada Allah, bukan pada batu. Itu baru satu contoh.
Jika nak disenaraikan terlalu banyak. Paling banyak barang hiasan seperti perabot, langsir, karpet dan pelbagai manik.
Sebab itu Melayu perlu menjadi peniaga dan bangsa penjual. Jika pemikiran sebagai pembeli apa sahaja orang jual kita akan beli. Kalau kita jadi bangsa penjual, kita akan berfikir apa sahaja barang kita boleh jual. Kita akan lebih kreatif dan proaktif mencari idea baru.
Sebagai bangsa pembeli, Melayu mudah kena tipu, berhibur dan bersiar-siar di pasar raya di samping membuang masa. Pelaburan tak kena tempat. Apabila ditanya kenapa tak pergi haji, jawabnya tak mampu. Tetapi banyak duit sudah dicurahkan di beberapa pasar raya dan membeli benda yang tak perlu.

Tinggalkan komen »

Pilihlah Islam

Agama yang mulia dan terbaik di sisi Allah ialah Islam. Agama ini dapat memberi ketenangan sepanjang hayat. Apabila kita membaca Quran, kita akan beroleh ketenangan yang abadi berbanding kita membaca bahan lain, apatah lagi jika kita menghayati isi atau maksud ayat al-Quran.

Al-Quran mengandungi semua ilmu yang mahu dikuasai manusia. Sebut apa saja ilmu, semua ada dalam Quran.

Islam tidak menyuruh umatnya menyembah berhala  atau kuil , tokong dan sebagainya yang dibuat daripada batu, kayu dan sebagainya. Agama lain membuat tuhan mereka menggunakan batu atau kayu. Jika begitu bermakna status tuhan mereka sama dengan pembuatnya iaitu manusia. Tidakkah perbuatan ini menghina tuhan?

Islam mewajibkan solat(sembahyang) lima waktu. Manusia diminta mendekatkan diri dengan Allah walaupun sibuk dengan urusan dunia. Mengambil air sembahyang(wuduk) menjadikan kita sentiasa bersih.

Tinggalkan komen »

Sayangi bahasa

Hubungan bahasa dan bangsa sangat berkait rapat, malah tidak dapat dipisahkan. Sebab itu ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’ sangat tepat. Walau bagaimanapun agak sedih dan malang ada orang Melayu tidak sayang bahasanya. Baca baki entri ini »

Tinggalkan komen »